aqif.... 12/3/2011 adalah tarikh yang amat bermakna buat ku, kerana pada tarikh 2la diriku digelar ayah. Alhamdulillah...demimu anak ayah berusaha berhempas pulas mencari rezeki yang halal demi menangung keluarga kita bertiga. Alangkah gembiranya diriku apabila dirimu menjadi sebahagian dari diri ayah. Ayah amat bersyukur dan perasaan itu tidak dapat digambarkan oleh perasaan ayahmu ini. Mengertilah anak, ayahmu ini tidak akan mempersiakan dirimu dan mama. Isteriku..... terima kasih yang tak ternilai buatmu kerana menghadiahkan hadiah yang amat bermakna, besar pengorbanan dirimu terhadap diri ini.... bersusah payah bersama.
Aqif.... berbangga dan bersyukur apabila datuk dan nenekmu menyayangi dirimu. Amat bertuah dirimu dimanja dengan penuh kasih sayang. Kepada anakku Aqif, jangan kau siakan pengorbanan ayah, mama, datuk, nenek, tok ki, tok mu yang bersengkang mata menjagamu....cukupla doa dan kesejahteraan doa dipanjatkan. Berjasala wahai anak.....Ayah Mama sayang padamu...
wajah penyejuk hati anak ayah mama manja, maksu,nenek,datuk,tok,tokki.


Nie anak, sorang je ke?? ayah punya isi hati penuh bermakna..
ReplyDelete